Baik Guna Tips Untuk Pakai Contact Lens Ini, Sebelum Mata Jadi Buta
00:46
Sekarang ni contact
lens seolah-olah menjadi pelengkap untuk penampilan diri. Tak kisahlah
guna contact lens untuk tujuan kecantikkan mahupun pengganti cermin mata
untuk yang rabun.
Pandai guna tapi tak beri perhatian
dari segi kebersihan serta penjagaan mata boleh mengakibatkan masalah mata
dan boleh menyebabkan buta tau.
Cara-cara untuk mengurangkan risiko
jangkitan mata terhadap penggunaan contact lens:
1. Masa tidur
Elakkan dari menggunakan contact
lens semasa tidur. Tidur bersama contact lens boleh menambahkan risiko
jangkitan pada kornea mata. Kanta sentuh tidak patut dipakai melebihi 10-12 jam
sehari.
2. Ketika berenang
Menggunakan contact lens ketika
berenang bukanlah satu tindakan yang bijak. Kolam renang dan air paip
mengandungi pelbagai mikroorganisma (organisma halus yang hanya dapat dilihat
menggunakan mikroskop).
3. Kebersihan
Pengguna kanta lekap perlu
berdisiplin dalam penjagaan terutama aspek kebersihan:
1. Jangan pakai contact lens di
dalam bilik air. Tempat yang lembab dan basah, merupakan tempat pembiakan
mikroorganisma.
2. Lepas cuci tangan, jangan terus
pakai contact lens tu. Pastikan tangan kering sebelum anda menyentuh contact
lens itu.
3. Gunakan cecair pencuci khas untuk
mencuci contact lens tersebut. Semasa membersihkan contact lens, pastikan anda
menggosok contact lens tersebut dengan tapak tangan untuk menanggalkan
kekotoran yang melekat. Rendam dengan cecair sahaja tidak mencukupi untuk
membersihkannya.
Sumber: mmgazette.com
0 comments