21:07
Petua Menyembuhkan Selsema Dan Batuk
Menyampah betul bila hidung tersumbat.
Keadaan ini berlaku apabila badan kita tidak lagi dapat bertahan
daripada jangkitan bakteria atau virus yang menyerang. Adakalanya ia
datang sekaligus dengan batuk.
Selain pengambilan ubat-ubatan, anda juga boleh mencuba petua-petua tradisional untuk merawat selsema dan batuk ini.
Di sini kami kongsikan beberapa petua yang mungkin dapat membantu anda:
1. Air Didihan Beras
Semasa menanak nasi, ambil sedikit air
didihan beras yang ditanak sebanyak segelas. Tunggu sehingga air didihan
tersebut sejuk baru minum. Dengan meminum air didihan tersebut ia
dipercayai dapat menghilangan rasa gatal pada bahagian kerongkong.
2. Halia
Perah limau nipis ke dalam segelas air
suam dan letakkan beberapa hirisan halia yang telah diketuk ke dalam
gelas tersebut. Cara ini boleh menghilangkan rasa sejuk dalaman.
3. Madu
Pengambilan madu bersama air suam serta sedikit perahan limau nipis dapat melegakan selsema lebih cepat.
4. Kunyit Hidup Dan kapur
Baby memang mudah terkena jangkitan ini
kerana sistem imun mereka yang masih tidak stabil. Calit sedikit kunyit
hidup atau kapur pada bahagian batang hidung baby. Cara ini mampu
menyamankan nafas di bahagian rongga hidung mereka.
Selamat mecuba!
Sumber: EH!
0 comments